Wednesday 4 December 2013

KONVOI KEMBARA ZAKAT KEBANGSAAN SIRI 2 (ZON SELATAN) 2013

Lokasi : Kg. Orang Asli Tekir, Labu
Tarikh/Masa : 4 Desimber 2013 / 10.00 pagi – 2.00 petang

SEREMBAN – Program Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan Zon Selatan 2013 telah diadakan di Kg. Orang Asli Tekir, Labu, Negeri Sembilan. Ianya merupakan anjuran kali kedua setelah konvoi yang pertama telah berjaya dianjurkan pada tahun lepas.

Konvoi ini adalah anjuran bersama Majlis Agama Islam Ngeri Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Selangor, Melaka dan Johor. Konvoi bagi Zon Selatan ini disertai seramai 68 ahli konvoi yangmenaiki 17 buah kenderaan.

Objektif utama konvoi kembara zakat ini diadakan adalah bagi menyampaikan bantuan zakat terus ke pintu rumah asnaf yang memerlukan serta menyebarkan dakwah mengenai Islam dan di samping pihak berkuasa zakat negeri – negeri ingin memaparkan ke manakah wang zakat di agihkan kepada orang ramai terutamanya kepada pembayar zakat dan pihak media.

Konvoi ini dipecahkan kepada beberapa zon di semenanjung Malaysia iaitu Zon Timur melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, Zon Utara melibatkan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan Zon Selatan pula melibatkan institutusi zakat di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor. Seterusnya, konvoi bagi Zon Selatan telah bermula di Batu Pahat, Johor dan Melaka pada 3 Disember, Negeri Sembilan dan Selangor pada 4 Disember dan akan berakhir di Wilayah Persekutuan padfa 5 Disember 2013.

Aktiviti program konvoi diteruskan dengan melakukan ziarah ke rumah Orang Asli Muslim di Kg Tekir yang melibatkan 13 buah keluarga bagi menyampaikan bantuan barangan sekolah serta barang makanan. Pada sesi kembara kali ini MAINS telah memperuntukkan sebanyak RM 18, 540 bagi kesemua perbelanjaan termasuk bantuan bagi asnaf orang asli.

Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha MAINS, Ybhg. Tuan Kamal Amran bin Kamarudin dan beliau juga turut menyampaikan hadiah bagi aktiviti saringan yang telah diadakan antarnya pertandingan mewarna, pertandingan hafazan dan azan serta pertandingan bercerita.

Turut hadir, Pengarah JHEAINS, En Selamat bin Paigo dan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), En. Nor Azmi bin Haji Musa.

Oleh: Izzat/Mizi






No comments:

Post a Comment