Tuesday 8 April 2014

Program Tautan Mahabbah Bersama Bantuan Fakir Miskin

Tempat: Masjid Kariah Bengkahulu, Gemas
Tarikh : 5 mac 2014



Program Tautan Mahabbah bersama bantuan asnaf fakir miskin dianjurkan oleh pihak Baitumal Daerah Tampin hari ini, sempena meraikan para penerima bantuan yang bertempat di Masjid Bengkahulu Gemas.

Sebanyak RM29,800 diagihkan kepada 149 penerima bantuan dari 6 buah kariah di kawasan DUN Gemas terlibat menerima bantuan dana fidyah sebanyak RM200 seorang yang disampaikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Tampin, Puan Najihah Binti Mohd Salim .

Diantara isi- isi program seawal pagi tersebut iaitu Pihak Baitulmal serta para penerima bantuan sama- sama menunaikan Solat taubat serta solat dhuha sebelum majlis bermula.

Majlis turut diimarahkan dengan tazkirah bertajuk ‘Kepentingan mencari ilmu serta amalan dalam seharian.’ Tazkirah ilmu yang disampaikan mengingatkan para penerima bantuan bahawa `ilmu tanpa amal tidak berguna jika tidak diamalkan.

Persembahan Qasidah dari kumpulan anak- anak Al- Ghoniah Johol juga turut menyerikan majlis.

Lawati www.mains.gov.my

Program Siasatan Asnaf Daerah Kuala Pilah 2014

Lokasi: Kariah Kuala Jemapoh, Kariah Juasseh Tengah
Tarikh: 05 Mac 2014 / 03 Jamadilawal 1435H



KUALA PILAH - Peningkatan permohonan bantuan asnaf fakir miskin melalui Baitulmal Negeri Sembilan bagi tahun 2014 memperlihatkan kepada peningkatan permohonan dari masyarakat Islam yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Justeru, Baitulmal Daerah Kuala Pilah telah menjalankan proses siasatan asnaf bagi daerah tersebut dimana, dua buah kariah yang meliputi 8 buah rumah asnaf telah dikunjungi bagi mengenal pasti status pemohon untuk penilaian pihak Baitulmal.

Bagi Kariah Kg. Kuala Jemapoh dan Kariah Juasseh Tengah, siasatan telah diwakili kakitangan baitulmal, Ustaz Zahid bin Mohammad yang membuat lawatan ke 8 buah rumah di dua buah kariah.

Program yang bermula dari 4 Mac hingga 6 Mac ini meliputi keseluruhan permohonan baru asnaf daerah Kuala Pilah di bawah seliaan baitulmal daerah.

Majlis Mempersembahkan Bayaran Zakat Perniagaan

Tajuk: Majlis Mempersembahkan Bayaran Zakat Perniagaan Dari Tabung Haji dan Syarikat Brahim's Airline Catering
Tempat: Istana Hinggap Seremban 
Tarikh : 03 March 2014 / 1 Jamadilawal 1435H



SEREMBAN - DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir, mencemar duli dalam satu majlis mempersembahkan bayaran zakat perniagaan oleh dua buah syarikat besar yang membuat pembayaran zakat tersebut kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Dalam majlis serahan itu, baginda dipersembahkan cek bayaran zakat perniagaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg Dato' Seri Kamarudin bin Mat Ali, yang telah membayar zakat sebanyak RM1,767 ,832.20 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Sementara itu, bagi pihak Brahim's Airline Catering telah diwakilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Brahim's Airline Catering, Yang Berusaha Encik Ainul Hasnizam bin Abu Hassan, yang membuat bayaran zakat sejumlah RM500,000.

Majlis mempersembahkan bayaran zakat perniagaan tersebut turut disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Hj Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah PZNS, YB Dato' Hj Razak bin Mansor, Pengarah JHEAINS, YBhg Ustaz Selamat bin Paigo, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Yang Berusaha, Tuan Kamal Amran bin Kamarudin serta Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Yang Berusaha Ustaz Nor Azmi bin Hj Musa.

Unit Media MAINS

Program Lawatan Kerja Ke Masjid Kariah Kg Sega & Kg Siliau

Tempat: Masjid Kg Sega & Masjid Kg Siliau, Rantau
Tarikh: 06 Februari 2014



RANTAU - Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), membuat tinjauan kerja-kerja pembinaan dua buah masjid di Kg. Sega dan Kg Siliau bagi melihat perkembangan progress kerja yang hampir 90% siap.

Menurut beliau, projek pembinaan dua masjid itu melalui dana yang diperuntukkan oleh MAINS dimana pembinaannya sebagai sebuah masjid satelit. Bagi Masjid di Kg Sega, sejumlah RM1.8 juta diperuntukkan dan masjid Kg. Siliau juga dibina dengan jumlah dana yang sama.

Masjid-masjid yang dibina merupakan inisiatif bagi menggantikan masjid-masjid yang telah uzur dan lama untuk memberi keselesaan kepada jemaah dan aktiviti masyakarakat.

Turut hadir, Setiausaha MAINS, Tuan Kamal Amran bin Kamarudin, Akauntan MAINS Tuan Haji Ezzerol Efendi serta barisan pegawai MAINS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.