Tuesday 12 November 2013

Majlis Perasmian Program Lawatan Muhibah Ke Perkampungan Orang Asli Seluruh Negerii Sembilan.

Tempat: Dewan Serbaguna Orang Asli Kg. Ulu Chembong,Sepri, Rembau
Tarikh: 11 November 2013
Masa: 2.00 petang

SEPRI - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) akan mengadakan lawatan muhibah disetiap perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bagi menyampaikan dakwah dan keprihatinan dalam segala permasalahan masyarakat tersebut.

Pengerusi PERKIM N.Sembilan, YBhg Dato' Siti Rahmah Hj Kassim berkata, program ini selaras dengan matlamat pertubuhan dalam memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini mendapat perhatian dan peluang dari kerajaan melalui apa jua bidang dan prasarana yang dapat dinikmati bersama.

Program lawatan yang bermula dari daerah Rembau itu meliputi keseluruh perkampungan Orang Asli di negeri, telah dirasmikan dengan jayanya oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Kebangsaan, YBHg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada wakil masyarakat asli Kg. Ulu Chembong sebanyak RM5000 dan sekampit beras kepada golongan yang miskin.

Antara yang hadir, Speaker DUN Negeri Sembilan, YB Dato' Dr. Awaluddin, ADUN Chembong, YB Dato' Zaifulbahri Idris, YB Dato' Razi Kail serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.





Anugerah Indek Akauntabaliti 2013

Tempat : Hotel Riverside Sarawak.
Tarikh : 11 November 2013
Masa : 10.00 Pagi

SARAWAK - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sekali lagi mengekalkan Anugerah Indeks Akauntabiliti bagi tahun ini buat kali ke lima berturut-turut.

Majlis anugerah telah diadakan di Hotel Riverside Sarawak. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Bagi pihak MAINS Anugerah telah diambil oleh Setiausaha MAINS, Tuan Kamal Amran b. Kamarudin.

Turut sama mewakili MAINS ialah En Azzerol Efendi Akauntan MAINS, En Azrul Kamarudin Pengurus MAINS Holdings Sdn. Bhd. dan En Muhammad Firdaus b. Abbas Pen. Peg Teknologi Maklumat MAINS.

Tahniah MAINS.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT NEGERI BAGI DAERAH SEREMBAN 1435H/2013M

SEREMBAN - Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri bagi Daerah Seremban telah sempurna diadakan di Masjid Sikamat, Seremban.

Penganjuran yang terhasil dari kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) serta Pejabat Pendidikan Daerah Seremban (PPDS) bertujuan meraikan pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas Agama Petang (KAP) dan Kelas Fardu Ain (j-QAF) yang telah berjaya menghabiskan atau mengkhatamkan bacaan Al – Quran.

Majlis yang bertemakan “Al - Quran Teras Kesejahteraan Umat Gemilang” telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan merangkap Pengerusi MAINS . Seramai 5600 pelajar diraikan dalam majlis itu dimana terdiri daripada pelajara SAR, KAP dan j-QAF dari 60 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan.

Turut hadir, Timbalan JPNS, YBhg. Tuan Mohd Isah bin Ismail dan Setausaha MAINS, Ybhg. Tuan Kamal Amran bin Kamarudin.







Program Penjelasan Aqidah : Syiah Suatu Ancaman

SEREMBAN, 9 Nov - Penjelasan isu akidah membawa peringatan yang tumpuan utama yang perlu ditekan oleh masyarakat Islam hari ini.

Dengan pemahaman 'Syiah suatu ancaman', Program Penjelasan Akidah telah diadakan di Masjid Negeri bagi memberi penjelasan mengenai doktrin Syiah Imamiah yang semakin berleluasa dan menyesatkan.

Program anjuran bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Yayasan Sofa dan Kumpulan Pendidkan Sofa dihadiri hampir 1000 tetamu yang memenuhi ruang masjid tersebut.

Penjelasan isu akidah dan syiah ini telah disampaikan oleh Ulama Hadis Maghribi, Ybhg. As-Syeikh Prof. Dr. Abdul Mun’im bin Abdul Aziz Al-Ghumari, bagi membincangkan fahaman syi’ah yang tersasar dari landasan Islam dan fahaman Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Ceramah mengenai Doktrin Syi’ah Imamiah pula telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Aqidah Majlis Agama Islam (MAINS), Ybhg. Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al - Maliki melalui buku tuisan beliau Aqidah Islam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Ybhg. Tuan Mohd Ghazali bin Abd. Wahid.