Monday 30 September 2013

Program Malam Cinta Rasul





Tempat : Perkarangan Stadium Tertutup Nilai

Tarikh/Masa : 28 September 2013 / 8.00 mlm
Nilai - Program Malam Cinta Rasul Negeri Sembilan 2013 telah berlangsung di Perkarangan Stadium Tertutup Nilai bersempena dengan Konvensyen Keusahawan Islam Ke-9 (iCEPS9) anjuran Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Yayasan As-Sofa, majlis Agama Islam Negeri Sembilan( MAINS) dan Tabung Haji.

Tujuan utama program ini adalah bagi menghimpunkan orang awam seluruh Negeri Sembilan khususnya golongan belia bagi menghayati dan mengingati Rasulullah S.A.W melalui qasidah dan selawat. Pada program ini juga para hadirin didendangkan dengan alunan selawat dan qasidah yang diketua oleh Habib Syech As-Seggaf dan kumpulan Qasidah Yayasan As-Sofa.

Turut hadir, Setiausaha MAINS, Y.Bhg. Tuan Kamal Amran bin Kamarudin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Y.Bhg. Al-Fadhil Sohibul Samahah Tuan Nor Azamir bin Alias dan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin

No comments:

Post a Comment