Thursday 7 November 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435h PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN – Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 1435H telah berlangsung di Masjid Negeri, Seremban.

Sambutan Maal Hirah tahun ini yang bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil endekatan sederhana yang diamalkan Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam.

Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling bekerjasama dan hidup secara harmoni. Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minority untuk kmengamalkan pegangan dan budaya mereka.

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip Allah SWT. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konse ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan perabadan yang unggul dengan wujudnya peradaban yang unggul dengan mewujudkan konsep “unity in diversity” – perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan – Negeri yang baik dan diampuni Allah SWT.

Terdahulu, DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah mencemar duli merasmikan Pelancarkan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Tahun 1435H/2013M serta menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Tahun 1435H/2013M kepada Ybhg. Tuan Sheikh Hj. Muhsin bin Sheikh Hj. Ahmad.

Pada masa yang sama para hadirin turut mendengar ceramah khas Maal Hijrah yang bertajuk “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias.

Turut mencemar duli, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhun Tengku Besar Mahmud, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni DYMM Tuanku Muhriz, YTM Dato’ Undang Yang Empat serta YM Tok Puan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap Pengerusi MAINS, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hasan serta Setiausaha MAINS, Ybhg Tuan Kamal Amran bin Kamarudin.