Tuesday 8 April 2014

Majlis Mempersembahkan Bayaran Zakat Perniagaan

Tajuk: Majlis Mempersembahkan Bayaran Zakat Perniagaan Dari Tabung Haji dan Syarikat Brahim's Airline Catering
Tempat: Istana Hinggap Seremban 
Tarikh : 03 March 2014 / 1 Jamadilawal 1435H



SEREMBAN - DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir, mencemar duli dalam satu majlis mempersembahkan bayaran zakat perniagaan oleh dua buah syarikat besar yang membuat pembayaran zakat tersebut kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Dalam majlis serahan itu, baginda dipersembahkan cek bayaran zakat perniagaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg Dato' Seri Kamarudin bin Mat Ali, yang telah membayar zakat sebanyak RM1,767 ,832.20 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Sementara itu, bagi pihak Brahim's Airline Catering telah diwakilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Brahim's Airline Catering, Yang Berusaha Encik Ainul Hasnizam bin Abu Hassan, yang membuat bayaran zakat sejumlah RM500,000.

Majlis mempersembahkan bayaran zakat perniagaan tersebut turut disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Hj Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah PZNS, YB Dato' Hj Razak bin Mansor, Pengarah JHEAINS, YBhg Ustaz Selamat bin Paigo, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Yang Berusaha, Tuan Kamal Amran bin Kamarudin serta Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Yang Berusaha Ustaz Nor Azmi bin Hj Musa.

Unit Media MAINS

No comments:

Post a Comment