Monday 3 February 2014

Semarak Cinta Rasul & Penyampaian Bantuan Fidyah Daerah Jelebu

Tempat: Dewan Budaya, Simpang Pertang
Tarikh : 23 Januari 2013

JELEBU - Baitulmal MAINS Daerah Jelebu memperuntukan sejumlah RM29,300 bagi bantuan fidyah kepada 293 penerima dari kalangan asnaf dimana setiap penerima diberi RM100 seorang bagi tujuan tersebut.

Menurut Pegawai Baitulmal Daerah Jelebu, Puan Syarifah Masyitah bte Syed Mokhtar, bantuan ddiberi kepada golongan asnaf dari 28 kariah dalam 3 kawasan DUN daerah Jelebu.

"Menjadi sasaran pihak Baitulmal untuk melihat para asnaf dibawah seliaan baitulmal bukan setakat bantuan tetapi kita pelbagaikan lagi program-program bagi asnaf seperti kelas-kelas bimbingan agama dan pengisian ilmu seperti ceramah dan sebagainya," jelasnya.

Majlis yang diadakan itu telah dirasmikan ADUN Pertang, YB Dato' Jalaluddin bin Alias yang turut menyampaikan bantuan kepada para penerima.

Terdahulu, majlis diwarnai dengan alunan qasidah dari kumpulan Qasidah Ahmad Mustafa dan ceramah Maulidur Rasul dari Ustaz Abdul Halim bin Din.






No comments:

Post a Comment