Monday 2 December 2013

LAWATAN RASMI OLEH IMAM BESAR MASJID AL – HARAM, MEKAH



Tarikh/Masa : 2 Disember 2013 / 12.00 tengah hari - 2.30 petang

SEREMBAN – Lawatan rasmi oleh Imam Besar Masjid Al –Haram, Fadilah Al – Syeikh Khalid Ali Al –Ghomidi telah diadakan di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Seremban.

Lawatan ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan Kedutaan Arab Saudi. Seterusnya, lawatan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan silaturahim serta bertukar pandangan dan idea antara pihak JHEAINS dengan imam besar Masjid Al – haram dan delegasi daripada kedutaan Arab Saudi.

Lawatan rasmi ini turut disertai oleh delegasi Arab Saudi yang terdiri daripada khatib Masjid Al – Haram serta dua orang professor daripada Universiti Umm Al – Qura, Arab Saudi. Pada sesi ramah mesra bersama ketua agensi – agensi di bawah JHEAINS, wakil daripada Kedutaan Arab Saudi telah memuji sistem perbankan Islam yang diperkenalkan di Malaysia yang tidak mengamalkan riba serta beliau juga memuji persekitaran Malaysia yang tenteram dan aman untuk dikunjungi rakyat Arab Saudi.

Tambahan, Imam Besar Juga memuji umat Islam di Malaysia khususnya wanita tetap mengamalkan pemakaian yang menutup aurat. Pada masa yang sama, wakil kedutaan Arab Saudi juga telah memaklumkan kepada JHEAINS mengenai tawaran biasiswa bagi pelajar Malaysia khususnya di Negeri Sembilan yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Ummu Al – Qura, Arab Saudi.

Lawatan diakhiri dengan solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al –Haram, Fadilah Al – Syeikh Khalid Ali Al –Ghomidi serta tazkirah di Masjid Negeri, Seremban dan jamuaan makan tengah hari di Wisma Negeri, Seremban.

Oleh : Izzat/Mizi





No comments:

Post a Comment