Wednesday 27 November 2013

Majlis Penyampaian Pinjaman dan Bantuan Zakat kepada Pelajar-Pelajar Timur Tengah 2013/2014

Seremban, 27 November - Majlis Penyampaian Pinjaman dan Bantuan Zakat kepada Pelajar-Pelajar Timur Tengah 2013/2014 disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Klana Resort Seremban, hari ini.

Di majlis sama, Pengerusi MAINS telah mengadakan lintas langsung secara online (live conference) bersama mahasiswa di Mesir.

Sebanyak RM1,664,677.00 jumlah zakat dan pinjaman diberikan kepada 367 orang pelajar Negeri Sembilan di Timur Tengah pada sesi 2013/2014 di sampaikan oleh Pengerusi MAINS kepada ibu bapa pelajar yang telah memulakan pelajaran mereka di sana.

Mengiringi penyampaian Pinjaman dan Bantuan Zakat tersebut, Timbalan Pengerusi MAINS, Dato' Abdul Razak Mansor dan Setiausaha MAINS, Tuan Kamal Amran Kamarudin.

Daripada 367 orang pelajar tersebut, 231 orang merupakan pelajar yang ditaja oleh MAINS iaitu di Mesir mengikuti bidang Pengajian Islam seramai 106, Perubatan/Pergigian/Farmasi (74), Sarjana (4).

Diikuti negara Jordan yang mengikuti Pengajian Islam (29), Kedoktoran (1). Di Maghribi pula yang mengikuti Pengajian Islam seramai 15 orang dan di peringkat Sarjana seorang. Melanjutkan pelajaran di Yaman pula seramai seorang dalam bidang Pengajian Islam.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan turut menyampaikan Sijil Empat Bintang Indeks Akauntabiliti Pengurusan MAINS bagi tahun 2012 kepada Setiausaha MAINS sebagai tanda simbolik yang diterima oleh Audit Negara.

Turut hadir, Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan, Ustaz Noor Azmi Hj Musa dan Akauntan MAINS, Encik Azzerol Effendi Abdul Kadir.






No comments:

Post a Comment