Friday 18 October 2013

PROGRAM UKHUWAH QURBAN 1434h/2013

KUALA KLAWANG - Baitulmal MAINS dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah dan Islamic Relief Malaysia (IRM) telah menganjurkan Program Qurban Ukhuwah 1434H/2013 bagi membantu golongan fakir, Orang Asli dan Mualaf di daerah ini dalam menyambut perayaan Aidiladha.

Di bawah Baitulmal Daerah, seramai 140 asnaf menerima agihan daging qurban selain sejumlah RM7000 telah diperuntukkan bagi bantuan kewangan asnaf dimana setiap penerima mendapat sumbangan RM50 setiap orang.

Menurut Setiausaha MAINS, Tuan Kamal Amran Kamarudin, kerjasama dalam meelaksanakan program ini membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam mengutamakan golongan asnaf seterusnyaq membentuk penyatuan ummah dikalangan masyarakat.

"Program seumpama ini bukan satu-satunya program di Negeri Sembilan tetapi pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menganjurkan ibadah qurban ini di seluruh daerah bagi menyampaikan agihan pada penerima khususnya golongan fakir dan sebagainya," jelasnya.

Sementara itu, sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis itu dimana pihak Baitulmal memperuntukkan sebanyak 2 ekor lembu.

Dalam pada itu, seramai 120 Orang Asli dari pelbagai kampung di daerah Jelebu turut menerima manfaat dari program yang diadakan ini.







No comments:

Post a Comment