Monday 21 October 2013

PROGRAM PECUTAN TERAKHIR BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2013

PORT DICKSON - Baitulmal MAINS julung kalinya telah mengadakan program bengkel teknik menjawab soalan SPM 2013 bagi anak-anak asnaf MAINS di mana seramai 84 pelajar dari seluruh Negeri Sembilan telah menghadiri bengkel tersebut dengan jayanya.

Bengkel yang diadakan di Dewan Vila Perdana, Golden Straits Villa Resort, telah berlangsung selama 3 hari bermula 18 Oktober lalu sehingga penutup 20 Oktober 2013.

Menurut Pengarah Program, Sharifah Marshitah Syed Mokhtar, penganjuran program ini adalah memberi tip-tip dan formua kepada pelajar dalam menjawab peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Ianya juga merupakan inisiatif Baitulmal dalam membantu anak-anak asnaf yang menduduki peperiksaan di saat akhir.

"Program ini merupakan salah satu pendekatan Baitulmal untuk memandu mereka ke arah pengajian tinggi selepas tamat persekolahan atau kursus kemahiran berdasarkan keputusan peperiksaan mereka perolehi akan datang", jelasnya.

Majlis penutupan program yang dirasmikan oleh YBhg Ustaz Zainal Said, Pegawai Zakat Negeri Sembilan. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan saguhati dari pihak Baitulmal sebanyak RM50 seorang kepada peserta program.






No comments:

Post a Comment