Tuesday, 29 October 2013
Jangan Rosakkan Akidah Umat Islam
SEREMBAN 28 Okt. – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam sebarang aktiviti menggugat akidah umat Islam termasuk ajaran Syiah Imamiah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amaran telah diberikan dan pewartaan menghalang ajaran itu sudah dibuat.
”Jangan ingat kita tidak pantau atau tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kita tahu gerakan mereka dan jangan salahkan kerajaan jika individu terlibat ditahan.
”Tindakan tegas akan diambil dan amaran sudah diberikan. Jangan rosakkan akidah umat Islam dan kerajaan sedang mengumpulkan semua bukti,” katanya di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika mengulas program penjelasan dan pencerahan bahaya ancaman Syiah Imamiah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.
Menurut beliau, terdapat pelbagai ajaran Syiah dan paling ekstrem adalah puak Syiah Imamiah kerana ada ahli kumpulan tersebut mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah umat Islam yang menentang ajaran mereka.
”Puak ini beroperasi secara berselindung dan sampai satu peringkat mereka wajib berbohong jika terdesak. Syiah Imamiah ini tidak boleh bertolak ansur jika ajaran yang dibawa tergugat, malah pengikutnya boleh melakukan apa sahaja keputusan drastik dan bahaya,” katanya.
Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, antara penyelewengan Syiah Imamiah berkaitan perkara ketuhanan ialah mendakwa Saidina Ali adalah tuhan mereka.
”Jangan pandang ringan hal ini kerana ia ada elemen yang memporak-perandakan akidah umat Islam sehingga boleh mendorong kepada permusuhan dan menghancurkan negara,” katanya.
TAKLIMAT & PENERANGAN DOKTRIN SYIAH IMAMIAH BERKAITAN AL-QURAN
Sehubungan itu, taklimat dan penerangan yang diadakan di Dewan Theaterette, Wisma Negeri hari ini, bertujuan dapat merungkai kefahaman tentang gejala syiah tatkala ini.
Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Kamal Amran Kamarudin, pihak MAINS turut memandang serius akan perkara ini dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam memperkatakan isu syiah yang boleh memesongkan akidah sebagai umat Islam.
Seramai 280 orang telah hadir dalam taklimat Doktrin Syiah Imamiah yang dianjurkan bersama Pejabat Seiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Taklimat dan ceramah mengenai isu syiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Turu hadir, Pegawai Seketeriat Mahasiswa/wi Timur Tengah (SMATT), Ustaz Mohd Noor Uzairi Adam.
Saturday, 26 October 2013
MAJLIS PENUTUP SEMINAR AMALAN GUAMAN SYARI'E 2013
Majlis Penutup Seminar Amalan Guaman Syari'e 2013 yang diadakan di Klana Beach Resort, meerupakan satu pendekatan bagi pengamal unadang-undang syari'e memantapkan lagi profesion guaman yang diceburi.
Majlis penutup seminar itu telah dirasmikan oleh Setiausaha MAINS, YBhg. Tuan Kamal Amran Kamarudin.
Terdahulu, peserta seminar diberi taklimat pembentangan kertas kerja dari Tuan Musa Awang, Presiden Guaman Syari'e Malaysia dan Profesor Madya Dr. Ramizah Wan Muhamad, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kuliah Ahmad Ibrahim, UIAM.
Dalam majlis yang sama, pihak MAINS melalui Setiauasahanya, telah menerima Resolusi Seminar Amalan Guaman Syari'e 2013 dari Persatuan Peguam Syari'e Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.
PROGRAM ZIARAH ASNAF OLEH PEJABAT BAITULMAL MAINS DAERAH SEREMBAN
Seremban – Program Ziarah Asnaf diterukan ke daerah Seremban dengan anjuran Pejabat Baitulmal MAINS daerah Seremban. Program ini diadakan sekitar kawasan kariah Seremban meliputi Senawang, Rantau dan Mambau.
Program ziarah diadakan bagi melakukan siasatan susulan bagi pemohonan asnaf untuk mendapatkan kelulusan menerima bantuan bulanan atau bantuan am yang lain. Ziarah kali ini melibatkan 9 buah keluarga yang memohon bantuan asnaf dan fakir miskin.
Program ini diketuai oleh Pegawai Tadbir Daerah Pejabat Baitulmal MAINS Daerah Seremban, Puan Nurul Huda binti Mokhtar dan disertai oleh 4 orang pegawai siasatan Baitulmal.
Program ini adalah kesinambungan "Program Siasatan Bantuan Asnaf Fakir Miskin" yang terlebih dahulu diadakan di daerah rembau dan Kuala Pilah.
Monday, 21 October 2013
PROGRAM PECUTAN TERAKHIR BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2013
PORT DICKSON - Baitulmal MAINS julung kalinya telah mengadakan program bengkel teknik menjawab soalan SPM 2013 bagi anak-anak asnaf MAINS di mana seramai 84 pelajar dari seluruh Negeri Sembilan telah menghadiri bengkel tersebut dengan jayanya.
Bengkel yang diadakan di Dewan Vila Perdana, Golden Straits Villa Resort, telah berlangsung selama 3 hari bermula 18 Oktober lalu sehingga penutup 20 Oktober 2013.
Menurut Pengarah Program, Sharifah Marshitah Syed Mokhtar, penganjuran program ini adalah memberi tip-tip dan formua kepada pelajar dalam menjawab peperiksaan SPM yang bakal tiba.
Ianya juga merupakan inisiatif Baitulmal dalam membantu anak-anak asnaf yang menduduki peperiksaan di saat akhir.
"Program ini merupakan salah satu pendekatan Baitulmal untuk memandu mereka ke arah pengajian tinggi selepas tamat persekolahan atau kursus kemahiran berdasarkan keputusan peperiksaan mereka perolehi akan datang", jelasnya.
Majlis penutupan program yang dirasmikan oleh YBhg Ustaz Zainal Said, Pegawai Zakat Negeri Sembilan. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan saguhati dari pihak Baitulmal sebanyak RM50 seorang kepada peserta program.

Friday, 18 October 2013
PROG. IBADAH KORBAN PEJ. BAITULMAL MAINS PORT DICKSON & REMBAU
Tempat : Kg. Orang Asli Sawah Sunggala, Port Dickson & Masjid Kariah Nerasau, RembauTarikh : 17 Oktober 2013
Port Dickson – Pejabat Baitulmal MAINS Daerah Port Dickson telah menganjurkan “Program Ibadah Korban Bersama Asnaf” bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1434H/2013 bertempat di Kg. Orang Asli Sawah Sunggala, Port Dickson.
Pihak Baitulmal telah menyumbang perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 6,000 termasuk peralatan serta seekor lembu untuk dibahagikan kepada 40 orang asli. Program ini dilakukan secara gotong royong antara penduduk Kg Orang Asli Sawah Sunggala serta agensi penyumbang.
Program ibadah korban ini dijalankan dengan kerjasama antara Pejabat baitulmal MAINS Daerah Port Dickson, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), PENGGERAK Orang Asli, Jabatan kebajikan Orang Asli (JAKOA) dan Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson.
Sementara itu, di Rembau turut diadakan Program Ibadah Korban Bersama Asnaf anjuran pihak Baitulmal MAINS Daerah Rembau yang melibatkan 8 kariah masjid daerah Rembau telah berlangsung di Masjid Kariah Nerasau, Rembau.
Program ini dijalankan bagi berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha kepada golongan asnaf dan fakir miskin. Seramai 182 asnaf dan fakir miskin telah menerima sumbangan makanan dan daging korban. Sebanyak 3 ekor lembu telah disumbangkan oleh Pejabat Baitulmal MAINS daerah Rembau.
Program ini disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB. Dato’ Dr. Hj Awaludin bin Said.
Hadir sama, Pengurus Baitulmal MAINS, Ybhg. Ustaz Zainal bin Said serta Ketua Eksekutif Pusat Kaunseling MAINS, Ybhg. Tuan Hj Norazman Amat.

MAJLIS IBADAH KORBAN & PENYAMPAIAN FIDYAH DAERAH TAMPIN
GEMENCHEH - Baitulmal MAINS Daerah Tampin telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha 1434H dan Penyampaian Bantuan Fidyah kepada Asnaf Fakir Miskin daerah ini di Masjid Sg. Dua, dekat sini.
Program yang memberi pendekatan ukhuwah antara masjid dan para asnaf itu merupakan acara tahunan bagi pihak Baitulmal Tampin dalam menyemarakkan lagi perayaan Hari Raya Korban.
Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada 144 penerima yang terdiri daripada asnaf fakir miskin dan warga emas. Bantuan fidyah juga turut disalurkan dalam majlis itu dimana penerima dari 7 buah kariah mendapat sumbangan RM200 setiap orang. Secara keseluruhan, pihak Baitulmal MAIINS telah memperuntukkan RM28'800 bagi sumbangan tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)