Thursday, 5 September 2013
Lawatan Kerja Majlis Agama Islam P.Pinang Ke MAINS
Lawatan Kerja kakitangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah disambut baik oleh Setiausaha MAINS, Ustaz Kamal Amran Kamarudin di Hotel Klana Resort.
Seramai 12 kakitangan MAIPP itu bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kejayaan yang telah dicapai oleh MAINS selama 5 tahun ini selain berkongsi pendapat dalam hal ehwal pengurusan Baitulmal.
Lawatan MAIPP yang diketuai En. Nazmi Shukor selaku Pengurus Baitulmal Negeri Pulau Pinang menjadi lambang dan inspirasi MAINS untuk terus mempertingkatkan kualiti kerja selaras dengan visi memperkasakan ummah dan syiar Islam.
Wednesday, 4 September 2013
MAINS Wujudkan Sistem Pengurusan e-Masjid Pertama Di Malaysia
Seramai 44 peserta dari 22 masjid di seluruh daerah Port Dickson telah diberi taklimat khusus mengenai program yang baru diperkenalkan itu.
Taklimat yang diadakan itu bertujuan memberi penerangan kepada Jawatankuasa Masjid dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan utama sebagai penggerak agama dan memastikan masjid sebagai institusi ilmu yang luas.
Menurut penceramah taklimat En. Muhammad Firdaus Abas, matlamat wujudnya sistem e-masjid ini juga adalah untuk menjadikan masjid sebagai Institusi Dakwah, Sumber Ilmu, Pusat Penyelesaian Masalah, Kursus dan Kaunseling Rumahtangga, Medan Remaja Berhimpun dan menjadi sebagai Pusat Hub Makanan Halal.
Seawal majlis, peserta disajikan dengan tazkirah penerangan direktori MAINS oleh En. Mohd Noor Uzairi Adam dari Bahagian Sekretariat Timur Tengah (SMATT) sebelum sessi ceramah dari penceramah udangan, Ustaz Sabri Abdul Rani.
Pengenalan Sistem e-Masjid
• Satu sistem yang telah dibangunkan oleh MAINS
• Sebagai satu pengkalan data masjid-masjid di Negeri Sembilan
• Agensi yang pertama di Malaysia, membangunkan sistem pengurusan masjid secara elektronik dan menyeluruh
• Menaikkan imej masjid sebagai pusat perkembangan dakwah Islamiah
Objektif e-Masjid
• Menyalurkan maklumat yang tepat kepada jemaah setempat mengenai aktiviti masjid
• Menyelaras data-data masjid bagi tujuan pengurusan yang efisyen
• Memudahkan kerja-kerja menyelaras aktiviti masjid
• Mencerminkan imej Islam yang terkehadapan dalam Teknologi Maklumat

Sunday, 1 September 2013
Warga MAINS Tonjol Semangat Kemerdekaan
Hari kemerdekaan ke-56 yang disambut meriah di seluruh Negara yang membawa tema Malaysia Ku Berdaulat , Tanah Tumpahnya Darah Ku.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 peringkat Negeri Sembilan telah disambut meriah di Padang Majlis Perbandaran Seremban pagi ini. Sebanyak 129 kontijen telah mengambil bahagian.
Kontijen-kontijen telah membuat kawat lintas di hadapan khemah utama di hadapan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ,YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan dif-dif kehormat yang lain.
Kontijen Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang disertai oleh seramai 48 orang yang terdiri dari 24 orang lelaki dan 24 orang wanita telah mengambil bahagian . Kontijen MAINS diketuai oleh En Shukri Bin Roslan.
Mereka yang mewakil MAINS adalah dari Bahagian Kewangan, Zakat , Sekretriat Mahasiswa Timur Tengah (SMART) dan Bahagian Khidmat Pengurusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)